Total Pageviews

Sunday, October 31, 2010

Bahasa Melayu Sebagai Alat Perpaduan


 Manusia berkomunikasi di antara satu sama lain melalui pelbagai cara seperti penggunaan lisan, tulisan dan simbol. Dalam apa cara sekali pun manusia berkomunikasi, matlamat utama adalah untuk memahami di antara satu sama lain. Persefahaman ini adalah sangat penting khasnya untuk negara seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Melayu, Cina dan India merupakan tiga bangsa utama di Malaysia. Melayu merupakan kaum majoriti  dengan peratusan penduduk yang melebihi 50%. Memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk, maka perlulah adanya satu bahasa utama yang difahami oleh semua kaum. Kesefahaman melalui penggunaan bahasa yang utama akan menjamin suatu masyarakat yang bersatu padu.

Perpaduan merupakan agenda yang penting semasa Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu telah diiktiraf dan diistiharkan sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 152. Tujuan utama penggunaan Bahasa Melayu adalah sebagai alat perpaduan. Dengan adanya satu masyarakat yang bersatu padu melalui penggunaan Bahasa Melayu, maka Malaysia akan terus makmur, maju dan disegani ramai di persada antarabangsa.

Lantaran itu, marilah kita memperkasa penggunaan Bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan di Malaysia, daripada iklan dan tanda nama di jalan raya sehinggalah kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua institusi pendidikan. Bak kata ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa”, mengetengah dan menjiwai Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan akan memajukan bangsa Malaysia ke mercu kemakmuran. Bahasa Melayu Perkasa, Alat Perpaduan Negara!

(227 patah perkataan)

Sunday, October 10, 2010

GERAKAN ISLAH MENCETUSKAN KESEDARAN KEBANGSAAN

1. pd awl kurun ke-20, golongan berpendidikan dari timur tengah khususnya dari Universiti Al-Azhar telah memimpin gerakan kesedaran di tanah melayu.
2. mereka terpengaruh dgn perjuangan Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh yg ingin memulihkan ajaran dan pegangan Islam.

Sayid Jamaluddin al-Afghani
Syeikh Muhammad Abduh

3. Golongan ini telah memulakan Gerakan Islah di tanah melayu dan dikenali sbg Kaum Muda.
4. antara tokoh penting gerakan ini ialah:

-Syed Syeikh Ahmad al-Hadi
-Syeikh Muhammad Jalaluddin
-Haji Abbas Muhammad Taha

5. Idea gerakan mereka disebarkan melalui majalah Al-Imam dan penubuhan madrasah.
6. Idea Kaum Muda ini ditentang oleh golongan Kaum Tua.
7. Kaum Tua merupakan ulama serta pegawai agama yg berpegang teguh kpd agama Islam dan adat. contohnya, Haji Abdul Latif(melaka) dan Tok Kenali(kelantan).

madrasah yg diasaskan oleh kaum muda

pulau pinang- madrasah al-masyur al-islamiah
perak- madrasah al-diniah kampung lalang, padang rengas
        - madrasah il-ihya-assyarif, gunung semenggol

8. kaum tua membidas idea kaum muda melalui akhbar Suara Benar dan Lidah Benar.

Al-Imam
*diterbitkan pd tahun 1906 di singapura
*bermaksud 'pemimpin' atau 'ketua'
*dihentikan penerbitan pd tahun 1908
tujuan: '....mengingatkan mereka yg lalai dan menjagakan mereka yg tidur dan menunjukkan mereka yg sesat dan menyampaikan suara yg menyerukan dgn kebaikan...'
*saranan:
-menyeru org melayu berpegang kmbali kpd ajaran al-Quran dan hadis
-menekankan kepentingan ilmu utk memajukan bangsa
-pelajaran sejarah diberikan penekanan krna is dpt memberi pngajaran dn ikhtibar
-menggesa kaum wanita diberi peluang mendptkan pendidikan
-menasihati ibu bapa supaya memberi pendidikan yg sempurna kpd anak2
-menyarankan agar org islam meninggalkan kepercayaan yg mengarut yg bleh menghalang kemajuan

Saturday, October 2, 2010

PERKEMBANGAN NEGARA LUAR MEMBERI INSPIRASI PERJUANGAN

pengaruh luar negara:
-turki
-mesir
-india
-jepun
-indonesia
-filipina
-china

GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM DI TURKI
1. menjelang akhir kurun ke-19, gerakan kebangkitan Islam telah berlaku di timur tengah.
2. kebangkitan ini disbbkan empayar Islam Turki Uthmaniyah telah dipecahbelahkan dan dikuasai oleh kuasa2 barat.
3. penjajah kuasa2 barat telah mengakibatkan kemerosotan emoayar islam turki uthmaniyah menjelang awal kurun ke-20
4. berikutan kehadiran pengaruh barat di turki, tercetusnya gerakan Pan-Islam yg bertujuan utk:
a) menyatukan seluruh umat Islam
b) menentang penjajahan kuasa barat
5. umat islam di negara2 timur tengah, india, dan asia tengara telah erpengaruh dgn gerakan itu utk menentang kuasa asing
6. umat islam di tanah melayu turut terpengaruh dgn gerakan itu.

GERAKAN ISLAH DI MESIR
1. gerakan islah, atau gerakan pemulihan islam merupakan gerakan yg bertujuan utk:
a) menyeru umat isla kembali berpegang kpd ajaran islam yg sebenar dngn berasaskan al-Quran dan Hadis utk mencapai kemajuan
b) menyeru umat islam bersatu padu utk menentang penjajahan kuasa barat di negara islam
2. gerakan islah di mesir dipelopori oleh:
a) Sayid Jamaluddin al-Afghani
b) Syeikh Muhammad Abduh
3. gerakan ini tercetus akibat penjajahan british terhadap mesir pd tahun 1882
4. gerakan islah di mesir telah mempengaruhi pelajar2 tanah melayu yg menuntut di mesir
5. mereka telah menyebarkan perjuangan gerakan ini setelah mereka kembali ke tanah air

GERAKAN JEPUN MENGALAHKAN RUSIA
1 .jepun telah berjaya mengalahkan rusia dlm perang rusia-jepun yg berlaku pd tahun 1905.
2. kejayaan ini merupakan kali pertama dlm sejarah moden, sebuah negara asia berjaya mengalahkan sebuah kuasa eropah
2. kejayaan ini menyemarakkan semangat kebangsaan utk menentang penjajahan barat di tanah air mereka, termasuk tanah melayu

KEJAYAAN REVOLUSI CHINA 1911
1. revolusi china yg tercetus pd tahun 1911 dipimpin oleh Dr.Sun Yat Sen.

Dr. Sun Yat Sen
2. revolusi ini telah berjaya menggulingan kerajaan Manchu dan seterusnya sebuah republik china ditubuhkan.
3. kejayaan revolusi china telah membangkitkan kesedaran penduduk tanah melayu utk menentang british

GERAKAN KESEDARAN KBANGSAAN DI FILIPINA, INDIA, DAN INDONESIA
1. perjuangan filipina menentang sepanyol dipimpin oleh Joze Rizal
2. Joze Rizal telah menubuhkan Liga Filipina utk:
a) memajukan org filipina
b) menuntut penjajah sepanyol memberikan layanan adil kpd rakyat filipina

Jose Rizal
3. di india, Mahatma Gandhi mengetuai Kongres Kebangsaan India utk membebaskan india drpd penjajahan british
Mahatma Gandhi
4. di indonesia, Parti Nasional Indonesia yg dipimpin oleh Soekarno memperjuangkan kebebasan Indonesia drpd penjajahan belanda.

Soekarno
5. gerakan penentangan terhadap penjajahan barat yg berlaku di filipina, india, dan indonesia telah memberi inspirasi kpd penduduk tanah melayu utk menentang penjajahan british.

KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

MAKSUD SEMANGAT KEBANGSAAN
*perasaan cinta dan taat setia kpd bangsa dan negara

PERKEMBANGAN NEGARA LUAR MEMBERI INSPIRASI PERJUANGAN
*gerakan kebangkitan Islam di Turki
*gerakan Islah di Mesir
*kejayaan Jepun mengalahkan Rusia
*kejayaan Revolusi China 1911
*gerakan penentangan di filipina, india, dan indonesia

GERAKAN ISLAH MENCETUSKAN KESEDARAN KEBANGSAAN
*gerakan Islah oleh kaum muda
*peranan Al-Imam
*kritikan kaum tua

INTELEKTUAL MEMATANGKAN PERJUANGAN
*perjuangan golongan intelektual berpendidikan melayu
*perjuangan golongan intelektual berpendidikan inggeris

PERJUANGAN NASIONALISME MEALUI MATA PENA
*peranan akhbar dan majalah melayu
~warta malaya
~majlis
~utusan malayu
*akhbar masyarakat cina
~lat pau
~nyanyang siang pau
~sin chew jit poh
~modern daily news
*akhbar masyarakat india
~ulaga nesan
~tamil nesan
~tamil murasu
*akhbar2 masyarakat peranakan
*peranan novel dan cerpen

KESEPAKATAN MENJAMIN KEUTUHAN PERJUANGAN
*kemunculan pertubuhan melayu
*persaudaraan sahabat pena
*kesatuan melayu muda
*pertubuhan org cina dan india